Panduan Pengguna
Panduan untuk User
Panduan lengkap untuk perawat, pusat rawatan dan pesakit — dari register akaun, lengkapkan profile, terima temujanji, tulis nota sesi sehingga urus subscription. Ikut langkah di bawah mengikut peranan anda.
Taip kata kunci untuk tapis langkah dan bahagian di bawah.
Langkah permulaan
Mula di sini
Enam langkah asas untuk membuka akaun sehingga temujanji pertama diterima.
Register akaun
Pilih register sebagai perawat (solo) atau pusat rawatan. Isi nama penuh, email dan nombor telefon yang aktif.
Sahkan email & login
Buka pautan pengesahan dalam email, kemudian login ke portal menggunakan email dan password anda.
Lengkapkan profile
Muat naik gambar, tulis bio ringkas, pilih kepakaran, lokasi dan waktu operasi supaya pesakit yakin.
Tetapkan perkhidmatan & jadual
Senaraikan perkhidmatan, harga dan tempoh sesi. Tetapkan slot yang anda mampu hadiri setiap minggu.
Terima temujanji pertama
Sahkan permintaan temujanji, tandakan selesai selepas sesi dan simpan nota sesi pesakit.
Aktifkan subscription
Pilih pelan yang sesuai. Pusat rawatan perlu muat naik bukti deposit untuk pengesahan admin.
Menu portal
Panduan ikut peranan
Paparan portal berbeza antara perawat solo, pusat rawatan dan pesakit. Pilih peranan anda.
Untuk perawat bebas — ruqyah, bekam, urut dan fisioterapi yang mengurus pesakit sendiri.
Overview
Ringkasan harian: bilangan temujanji, pesakit baharu dan status permintaan yang menunggu pengesahan.
Jadual Temujanji
Semua temujanji mengikut tarikh, status dan pesakit. Anda boleh sahkan, jadual semula atau tanda tidak hadir.
Patients Management
Senarai pesakit yang pernah menempah dengan anda, termasuk sejarah temujanji dan nota sesi.
Profile Management
Edit bio, kepakaran, gambar, lokasi dan waktu operasi yang dipaparkan kepada pesakit.
Landing Page
Halaman promosi peribadi dengan URL sendiri, butang WhatsApp dan senarai perkhidmatan.
Membership
Status pelan, tarikh tamat dan pilihan naik taraf subscription akaun anda.
Support
Hantar laporan masalah atau pertanyaan terus kepada team sokongan platform.
My Account
Tukar nama, email, password dan pilihan notifikasi akaun.
Untuk pemilik, staf dan team perawat yang berkongsi satu jadual pusat rawatan.
Overview
Papan pemuka pusat: temujanji hari ini, deposit menunggu pengesahan dan prestasi perawat.
Appointment
Semua temujanji pusat merentas semua perawat, dengan penapis tarikh, perawat dan status.
Patients Management
Direktori pesakit pusat berserta sejarah temujanji dan nota sesi setiap perawat.
Perawat Management
Tambah perawat, tetapkan perkhidmatan yang dibenarkan dan pantau jadual mereka.
Staff Management
Urus staf kaunter atau admin dengan kebenaran terhad untuk temujanji dan pesakit.
Perkhidmatan
Senarai perkhidmatan pusat, harga, tempoh sesi dan perawat yang menyediakannya.
Deposit
Muat naik bukti deposit atau kod QR pembayaran untuk pengesahan admin platform.
Profile Management
Maklumat pusat: nama, alamat, waktu operasi, kemudahan dan gambar premis.
Landing Page
Halaman promosi pusat dengan URL tersendiri dan butang tempahan.
Membership
Pelan pusat, had perawat dan tarikh pembaharuan subscription.
Support
Saluran bantuan untuk isu teknikal, deposit dan pertanyaan akaun.
My Account
Tetapan akaun peribadi dan pertukaran antara akaun perawat dengan pusat.
Untuk pesakit — cari perawat, buat temujanji, semak status tempahan dan buka laporan sesi anda sendiri.
Overview
Ringkasan temujanji akan datang, laporan terkini dan kad Self Assessment anda.
Buat Appointment
Cari perawat atau pusat rawatan, pilih perkhidmatan, tarikh dan slot kosong.
Booking Management
Semua tempahan anda mengikut status menunggu, disahkan, selesai atau dibatalkan.
Support
Hantar pertanyaan atau masalah kepada team sokongan platform.
Self Assessment
Saringan 40 soalan tentang tanda awal gangguan. Keputusan asas percuma, laporan penuh boleh dibuka dengan bayaran.
Notifications
Makluman status temujanji, laporan baharu dan perubahan pada akaun anda.
Profile Pesakit
Maklumat peribadi, nombor telefon dan tahap privasi profil anda.
Account
Tukar email, password dan tetapan akaun pesakit.
Mengikut tugasan
Panduan mengikut tugasan
Klik setiap bahagian untuk melihat langkah terperinci dan tip operasi harian.
Akaun & login Cara membuka akaun, mengesahkan email dan menyelesaikan masalah login.
-
Pilih jenis akaun yang betul
Perawat bebas register melalui borang perawat. Pemilik pusat rawatan register melalui borang pusat rawatan supaya jadual, perawat dan deposit dikongsi dalam satu akaun.
-
Sahkan email anda
Pautan pengesahan dihantar ke email register. Jika tiada dalam inbox, semak folder spam atau hantar semula dari halaman login.
-
Login & tetapkan password kukuh
Gunakan sekurang-kurangnya 12 aksara gabungan huruf, nombor dan simbol. Setiap staf pusat rawatan wajar mempunyai akaun sendiri, bukan berkongsi.
-
Lupa password
Gunakan pautan "Lupa password" pada halaman login. Pautan tetapan semula sah untuk tempoh terhad sahaja.
Tip operasi
- Jika akaun dikunci selepas beberapa percubaan, tunggu beberapa minit sebelum cuba lagi.
- Jangan kongsi password melalui WhatsApp atau email.
Profile & landing page Profile yang lengkap meningkatkan keyakinan pesakit dan kadar tempahan.
-
Lengkapkan maklumat asas
Nama penuh, gelaran, bio ringkas 2–3 ayat, bahasa yang ditutur dan lokasi sesi. Untuk pusat rawatan, sertakan alamat penuh dan kemudahan.
-
Tetapkan kepakaran
Pilih bidang yang benar-benar anda kendalikan seperti ruqyah, bekam, urut atau fisioterapi. Elakkan memilih semua bidang sekadar untuk muncul dalam carian.
-
Muat naik gambar
Gunakan gambar wajah atau premis yang terang dan jelas. Saiz disyorkan 800×800 piksel untuk profile dan 1400×800 piksel untuk gambar utama.
-
Terbitkan landing page
Pilih slug URL yang mudah diingat, tetapkan tajuk, subtajuk dan butang WhatsApp. Semak paparan pada telefon sebelum dikongsi.
Tip operasi
- Kemas kini profile setiap kali perkhidmatan atau waktu operasi berubah.
- Semak landing page anda sendiri sebulan sekali.
Perkhidmatan & jadual Perkhidmatan dan slot yang jelas mengelakkan tempahan bertindih.
-
Senaraikan perkhidmatan
Setiap perkhidmatan memerlukan nama, harga, tempoh dan penerangan ringkas. Tetapkan harga akhir termasuk sebarang caj tambahan.
-
Tetapkan waktu operasi
Masukkan waktu buka dan tutup untuk setiap hari. Tandakan hari cuti supaya pesakit tidak boleh menempah pada hari tersebut.
-
Kawal jarak antara sesi
Sediakan rehat 10–15 minit antara temujanji untuk catatan nota dan persediaan bilik.
-
Tetapkan perawat bagi setiap perkhidmatan
Pusat rawatan perlu memilih perawat yang dibenarkan menyediakan perkhidmatan tertentu supaya jadual tidak bercanggah.
Tip operasi
- Mulakan dengan 3–5 perkhidmatan utama, kemudian tambah setelah aliran kerja stabil.
- Semak pertindihan jadual selepas menambah perawat baharu.
Temujanji & pesakit Aliran kerja harian dari permintaan pesakit sehingga sesi selesai.
-
Semak permintaan baharu
Permintaan pesakit masuk dengan status menunggu. Sahkan jika slot tersedia, atau cadangkan masa lain melalui jadual semula.
-
Sediakan sebelum sesi
Buka profile pesakit untuk menyemak sejarah, nota lepas dan sebarang alahan atau peringatan penting.
-
Tandakan status selepas sesi
Tandakan selesai apabila pesakit hadir, atau tidak hadir jika pesakit tidak datang. Status yang tepat memastikan rekod dan laporan bulanan betul.
-
Kendalikan pembatalan
Batalkan temujanji dengan sebab yang jelas dan maklumkan pesakit. Slot yang dibatalkan akan dibuka semula untuk tempahan lain.
Tip operasi
- Sahkan temujanji dalam tempoh 24 jam untuk pengalaman pesakit yang lebih baik.
- Gunakan notifikasi email sebagai rekod komunikasi.
Rekod sesi & laporan Nota sesi membantu anda memantau perkembangan pesakit dari semasa ke semasa.
-
Tulis nota selepas setiap sesi
Catat ringkasan keluhan, tindakan yang dibuat dan cadangan susulan. Tulis dengan bahasa profesional dan mudah difahami.
-
Bezakan nota dalaman dan laporan pesakit
Nota dalaman untuk rujukan perawat. Laporan pesakit ialah ringkasan yang boleh dikongsi melalui portal pesakit.
-
Semak sejarah sebelum sesi susulan
Gunakan nota lepas untuk menilai kemajuan dan mengelakkan pertanyaan berulang.
Tip operasi
- Jangan simpan nota sesi di luar portal atau dalam peranti yang dikongsi.
- Gunakan ejaan nama pesakit yang konsisten supaya carian lebih tepat.
Subscription, deposit & bayaran Pastikan akaun aktif dan pembayaran direkodkan dengan betul.
-
Pilih pelan
Bandingkan pelan pada halaman Membership. Pelan pusat rawatan mengambil kira bilangan perawat dan staf.
-
Muat naik bukti deposit
Pusat rawatan memuat naik bukti pembayaran atau kod QR pada halaman Deposit. Sertakan nombor rujukan untuk memudahkan semakan admin.
-
Tunggu pengesahan
Status deposit berubah daripada menunggu kepada disahkan selepas semakan. Anda akan menerima notifikasi apabila selesai.
-
Simpan rekod pembayaran
Semak sejarah pembayaran dalam portal dan simpan resit untuk rekod perakaunan pusat rawatan.
Tip operasi
- Semua bayaran adalah muktamad kecuali dinyatakan sebaliknya dalam dasar pemulangan.
- Hubungi sokongan jika status deposit tidak berubah melebihi 3 hari bekerja.
Keselamatan & privasi Data pesakit adalah tanggungjawab bersama antara perawat, pusat rawatan dan platform.
-
Hadkan akses mengikut peranan
Hanya beri akses nota sesi kepada perawat yang merawat pesakit tersebut. Staf kaunter biasanya hanya memerlukan akses temujanji.
-
Akaun berasingan untuk setiap pengguna
Jangan berkongsi satu akaun antara beberapa staf. Jejak audit dan notifikasi bergantung pada akaun individu.
-
Logout pada peranti awam
Sentiasa logout selepas menggunakan komputer kaunter atau peranti yang dikongsi.
-
Laporkan kejadian segera
Jika akaun disyaki dicerobohi, tukar password dan hubungi sokongan dengan segera.
Tip operasi
- Pematuhan PDPA 2010 terpakai kepada semua data pesakit yang anda uruskan.
- Elakkan memuat naik dokumen perubatan yang tidak diperlukan.
Masalah lazim Penyelesaian pantas sebelum menghubungi sokongan.
-
Temujanji tidak muncul
Pastikan penapis tarikh dan status tidak menyembunyikan rekod. Muat semula halaman dan semak akaun yang sedang digunakan.
-
Email notifikasi tidak diterima
Semak folder spam dan pastikan email akaun betul. Tambah alamat pengirim platform ke senarai selamat.
-
Tidak boleh muat naik gambar
Gunakan format JPG, PNG atau WEBP dengan saiz fail di bawah 2 MB. Kecilkan gambar jika melebihi had.
-
Pesakit tidak boleh menempah
Semak sama ada perkhidmatan aktif, waktu operasi diisi dan perawat mempunyai slot tersedia pada tarikh tersebut.
Tip operasi
- Jika masalah berulang, hantar laporan melalui Support dengan tangkapan skrin.
Tiada hasil untuk kata kunci tersebut. Cuba kata kunci lain seperti "deposit", "profile" atau "temujanji".
Sebelum mula beroperasi
Senarai semak go-live
Tandakan setiap item sebelum anda mula menerima temujanji. Status disimpan pada pelayar ini sahaja.
Akaun
Profile
Perkhidmatan
Landing page
Operasi
Rujukan pantas
Istilah penting
Istilah yang digunakan dalam portal dan panduan ini.
- Portal
- Ruang login untuk perawat, pusat rawatan dan pesakit.
- Landing page
- Halaman promosi dengan URL sendiri untuk dikongsi kepada pesakit.
- Deposit
- Bayaran pendahuluan pusat rawatan yang disahkan oleh admin platform.
- Nota sesi
- Catatan dalaman perawat selepas sesuatu sesi rawatan.
- Laporan pesakit
- Ringkasan sesi yang boleh dilihat oleh pesakit dalam portal.
- Account switch
- Pertukaran antara akaun perawat dan pusat rawatan tanpa logout.
- Self Assessment
- Saringan 40 soalan dalam portal pesakit untuk mengenal pasti tanda awal gangguan.
Soalan Lazim
Soalan lazim tentang panduan
Panduan ini untuk perawat, pusat rawatan atau pesakit?
Ketiga-tiganya. Bahagian quick start sesuai untuk semua peranan, manakala tab Perawat Solo, Pusat Rawatan dan Pesakit menyenaraikan menu portal yang berbeza mengikut akaun anda.
Pesakit guna portal yang sama?
Ya, pesakit login ke portal pesakit dengan akaun sendiri. Menu pesakit berbeza — temujanji, laporan, Self Assessment, notifikasi dan profil pesakit.
Adakah Self Assessment percuma?
Keputusan asas percuma dan terus dipaparkan selepas 40 soalan selesai. Laporan penuh dibuka dengan bayaran sekali melalui portal pesakit.
Bolehkah satu akaun mengurus perawat dan pusat rawatan?
Boleh. Jika anda mempunyai kedua-dua peranan, gunakan penukar akaun dalam portal untuk beralih antara paparan perawat dan pusat rawatan.
Bagaimana pesakit membuat temujanji?
Pesakit memilih perkhidmatan, tarikh dan slot dalam portal atau melalui landing page anda. Permintaan masuk dengan status menunggu sehingga anda sahkan.
Adakah pesakit boleh membaca nota sesi saya?
Nota sesi adalah dalaman. Hanya laporan pesakit yang anda kongsikan melalui portal boleh dilihat oleh pesakit.
Apa berlaku apabila subscription tamat?
Akses kepada ciri pengurusan akan terhad sehingga subscription diperbaharui. Data sedia ada kekal dan boleh diakses semula selepas pembaharuan.
Berapa lama deposit pusat rawatan disahkan?
Biasanya dalam 1–3 hari bekerja selepas bukti pembayaran lengkap dimuat naik. Hubungi Support jika tempoh ini berlalu tanpa kemas kini.
Siapa yang boleh melihat data pesakit?
Hanya pengguna yang diberi kebenaran dalam akaun tersebut. Setiap akaun mempunyai peranan tersendiri dan akses direkodkan.
Bagaimana melaporkan pepijat atau masalah teknikal?
Gunakan menu Support dalam portal atau halaman Hubungi Kami. Sertakan tangkapan skrin, alamat page dan langkah untuk menghasilkan semula masalah.
Masih perlukan bantuan?
Team sokongan sedia membantu.
Jika panduan ini belum menjawab pertanyaan anda, hantar email dengan butiran masalah. Sertakan nama akaun, peranan dan alamat page yang terlibat.
[email protected]